Instagram

Sunday 19 January 2020

Jalan Terus (Malik, M., 2020)

Setahun dah berlalu, masih sama.
Lucu, hanya aku yang masih sama.
Angkat kepala.
Jalan terus (Malik, M., 2020).
Dan jangan toleh.


Monday 6 January 2020

2020

Lewat seminggu. Tapi masih belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru Masihi. :)

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita.
Yang lebih indah.
Yang lebih bahagia.
Yang lepas tentu masih sakit.
Masih berparut.
Tapi itu lepas.
Itu dulu.
Mudah untuk dikata.
Tapi, kita masih boleh cuba.
Cuba jadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya.
Selamat tinggal kenangan lama.
Kau buat aku belajar erti dewasa.
Tak banyak.
Tapi ada.
Terima kasih memori.
Terima kasih.
Semoga yang bersinar itu milik kita.

Salam 2020.
:)