Instagram

Thursday 19 December 2019

RANDOM

Kisah hidup baru yang not so baru. Almost 2 months. Hopefully will be the last one. Hahaha. Penat weh nak kena restart baru. Semoga lebih bersinar di masa hadapan, Ili. :)

Till then, XOXO!

Tuesday 17 September 2019

Amin. Terima kasih.

Bismillah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di hari mu yang mulia dan penuh barokah ini.

Kau ampunkanlah dosa Ili-Mastura.

Dosa kecilnya, dosa besarnya, dosa masa silamnya, dosa masa depannya, dan dosa masa kininya.

Kau ampunilah semua dosanya.

Semoga semua urusan dunia dan akhirat Ili-Mastura dipermudahkan.

Semoga Ili-Mastura sentiasa dikurniakan rezeki yang berkat yang melimpah ruah.

Rezeki yang membolehkan dia berbakti kepada orang tua dan ahli keluarganya.

Rezeki yang membolehkan dia berdakwah dan membawa dirinya bersama orang yang disayanginya ke syurga.

Serta membawa kenalan yang dikenali, juga ke syurga.

Semoga Ili-Mastura dikurniakan hati yang bahagia dan tenang.

Semoga Ili-Mastura dihindarkan daripada penyakit hatinya sendiri dan orang lain.

Semoga Ili-Mastura dikelilingi orang yang baik hati dan tinggi budi pekerti.

Semoga Ili-Mastura sentiasa positif dan bersemangat waja.

Semoga Ili-Mastura dikurniakan jodoh yang baik akhlaknya, memahami, menerima dirinya seadanya, penyabar, dan mampu membimbing dirinya bersama ke arah kebaikan.

Jodoh yang kekal hingga ke syurga.

Semoga dikurniakan yang baik-baik sahaja buat dirinya, sepanjang hayatnya.

Amin.

Amin.

Amin.

Ya Rabbal 'Alamin.

Friday 26 July 2019

#rambling

Pagi ni (sebab time taip ni waktu pagi) terasa nak bebel plak. Tapi, hari-hari aku bebel. Hahahaha. Siang malam pagi petang. LOL! 😎 Ok straight to the point. To be honest, after changed new job last year. I learnt a lot. Like a lot. Satu benda yang pasti. Orang yang suka ambil kesempatan, suka membodek, kaki wayang, kepoci, and all the negativity. Memang akan ada di mana-mana. Tak kisah la jauh mana pun kau lari. Tu tak termasuk orang yang tak faham bahasa. Hahaha. Siapa tau aku macam mana mesti dia tau limit aku and macam mana aku maksudkan untuk orang yang jenis tak faham bahasa ni. Hahaha. Belum masuk lagi bab politikus yang bias. Yang kotor. Makin besar company tu, makin banyak jenis macam ni. Tak kira la apa pun jantina dia.

Kenapa aku tulis benda camni pepagi? Sedangkan sepatutnya I should be happy and spread the love. Sebab aku nak rasa relieve from this kind of situation. Hahaha. Perempuan kan. 😆 Dan, dalam masa yang sama aku nak try to positive kan diri aku yang dah and sangat tak positive dah ni. Huhuhuhu.

Ok la. Aku kalau cakap benda ni. 10 tahun pun belum tentu habis. Hahaha.

Till then, XOXO! 😀

#monologue #4

Nampak elok.
Nampak tenang.
Paling dalam.
Berkocak.
Terganggu.
Terbelenggu.
Frekuensi tidak lagi harmoni.
Algoritma bercelaru.
Tidak lagi menentu.

Caca merba dalam hati.
Tak terzahir pada mata kasar.
Tak terlihat dengan anak mata.
Hanya dirasa melalui rasa hati.

Sakit?
Masih sakit.
Pedih?
Sangat pedih.

Melupakan dan memaafkan.
Dua perkara berbeza.
Berbeza maksud lughah dan istilahnya.
Fahami dengan mata hati.
Supaya kau lebih memahami.




26072019
1721
stu-14

Saturday 29 June 2019

Dia mai dah.

Ha! Disebabkan aku dah boleh login blog aku balik. Terus rasa nak bercakap non stop. Hahahahaha. Like seriously, last post 2015. So, cuba bayangkan kalau korang tak jumpa aku selama 4 tahun. Mesti banyak benda yang aku nak cakap kan?  Jadi, secara ringkas kisah hidup aku start 2015 sampai la sekarang. Tada! ↴

2015: Graduate
2016: 1st kerja
2018: 2nd kerja

Ringkas ke tidak? Hahaha. 

Apapun, Alhamdulillah di atas nikmat dan kurnianya. Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan dilindungi olehNya selalu.

Till then, XOXO! 

Setelah sekian lama.

Actually, aku baru je terjumpa cara nak masuk balik blog sendiri. Sesat weh!   Ok. Tu je nak bagitau. Hahahahaha. SS betul.