Instagram

Thursday 8 December 2011

autodesk~~

software ni sangat best tapi pening..hakhak..mana taknya..belajar pun tak khatam..semuanya try and error..pastu bila tak jadi bengang sorang2..hahahahahaha....

* try upload gambar tp tak boleh~~ T_T
sob3~~

Thursday 1 December 2011

semakin dekat~~

semakin dekat tarikh itu..semakin malas aku..sob3~~~wahai diri...kenapa malas sangat ni??exam da nak dekat...be strong ok??...hihi..(kata-kata semangat untuk diri sendiri... ::DD)

*p/s : semoga berjaya rakan-rakan.. :)

Friday 11 November 2011

missing...

i want to go back to my hometown...really2..super duper miss kat mama n papa n si bantal busuk...hahahaha

Thursday 10 November 2011

30 fakta tentang wanita ^_^

 Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


sumber: http://www.fcukz.co.cc/2010/06/30-fakta-menarik-mengenai-wanita.html#ixzz1dNWmjE2E 

hihi

Thursday 15 September 2011

^_^ new world~

UNIMAS GEMILANG...UNIMAS GEMILANG...haha..dua rangkap last je aku hafal...keh3...slow motion tapi best...haha...unimas ni tersangatlah besar...penat kaki nak menapak...haha..tapi tak pa...boleh kurus!!!(boleh la sangat... ;p) sangat-sangat seronok + penat..haha..(belum banyak kerja boleh la cerita.. ;D) anyway...saya suka jadi budak "U"...yeah!!hahaha................

Thursday 25 August 2011

less than two weeks~

oh yea~~oh no~~bengong da aku..excited dalam sedih..sedih dalam excited...haha...firstly..alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..aku masih diberi peluang untuk terus mencari ilmu di muka bumi ini..thanks to my mom n dad..sebab selalu support ili.. :] thanks juga kepada budak busuk..elis farhana mashudi yang selalu buat aku bengang sakit hati gembira dan bahagia...i love so much la adik..haha..(mesti kau tak percaya aku cakap camni kan..hahahahahaaha..)..semoga kau menjadi lebih baik daripada kakak kau ni..hehe...

less than two weeks..i'll be the student..ouh pen wal kertas n kuliah..i'm coming back..haha.. :DD

Monday 22 August 2011

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullai

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:


1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.


-copy dari Blog Teh Secawan-
[sekadar renungan bersama]

Sunday 14 August 2011

chit chat with aqis~

bersembang bersama anak sepupuku memang seronok..tapi budak-budak sekarang memanng da maju..aku dulu sekolah rendah mana tau blog-blog ni...upload la..download la..haha..zaman memang da berubah.. ^_^
anyway to my dearest nur zarifah balqis binti zaidi...go go chiayok untuk buat blog..dan semoga berjaya menjadi seorang penulis sebagai kerja sampingan.. :) (bangga aku dapat anak sepupu macam ni..hehe ;p) all da best for study n life..where's the will there's the way..



p/s : bibik ko ni memang koya qis..haha... :D

tak sampai sebulan~~~

macam tak percaya..da tak sampai sebulan aku nak sambung study balik..seronok nak jumpa pen bersama kertas-kertas lagi..tapi yang tak best..terpaksa meninggalkan bantal empuk yang ku sayangi..haha...hope all the best for me..raabbi yassir wala tua'ssir..rabbi atmim bilkhoiri ya karim.. :)

Saturday 13 August 2011

ketiadaannya dirasa.....

hampir 2 bulan (ketika aku menaip blog ini)....dia telah pergi meninggalkan aku dan semua insan di dunia ni..sungguh..aku tak tipu..aku sayang dia..bulan puasa ni aku teringat time aku darjah dua dulu..my dad asked me to stay with her for one month..sampai sekarang aku ingat lagi kenangan tu..dia ajar aku camna nak wat kuih koci..kerepek pisang..n serunding kerang dan kuah pecal..(malangnya..aku da lupa..hehe..)

buat arwah embah yang dirindui dan selalu dirindui...semoga engkau tenang di sana...dan semoga engkau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Al-Fatihah..imy embah.......

UNIMAS~~

:) nmpk beno aku da tak sabar..hehe...excited sebenarnya nak menempuh alam baru dalam fasa kehidupan aku...(tapi kemas barang pun tak lagi..excited je lebih..haha.. ;D ) hope apabila aku menempuh fasa baru nanti..aku menjadi lebih bersemangat daripada yang sebelum-sebelum ni.. ^_^  yeah~~ aja-aja fighting!! hehe...thanks to my mom n my dad..for supporting me..yang tak pernah jemu mendidik dan memberi semangat kepada anaknya yang agak degil + pemalas ni.. :3

first time aku dapat tau yang aku dapat unimas...(walapun agak lambat untuk bercerita..tapi aku nak gak cita.. ;) ) aku teramatlah bersyukur..alhamdulillah..ye la..macam tak percaya dengan result yang tak seberapa aku dapat gak masuk u..pastu dapat kos yang memang aku nak..Allah dah permudahkan jalan aku.. :) thanks Allah for make my life easier..







tengok punya semangat siap letak logo lagi..hehe.. (poyo lebih je aku ni..)

Thursday 11 August 2011

bersabarlah duhai hati


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Wednesday 10 August 2011

terima kasih mama~~~

untuk kesekian kalinya..aku tak pernah beli handphone guna duit sendiri..(bukan kedekut..tapi aku tak reti berjimat.. =.=' ) alhamdulillah..terima kasih mama n papa..



thanks mama..belikan ili yang baru lagi.. =) saaaaaayyyyaaaanngggg~~~ mama..hehe..bukan sebab mama belikan handphone ni je ili sayang..but you are the queen of my heart.. <3 <3 <3 i'll try hard for my best..thanks for your best wishes everyday...thanks to my dad too... ^^


Tuesday 9 August 2011

better be myself

seronok tengok blog orang cantik-cantik..tapi aku tak reti nak buat..malas pun ya gak..banyak sangat step..so..better just follow my way..yeah~~hehe...



ps : aku kalau da banyak cakap memang tak boleh berenti.... ;p

dara senang.. :]

bukan bujang senang ye..haha...aku suka title ni..da lama terperap kat rumah membuatkan aku jadi sedikit bengong.. :D lalalalalala~~~~

ini bukan yang pertama....

seperti title di atas..ini bukan blog aku yang pertama..dan ini juga post aku yang pertama.. :) entah berapa banyak dah yang aku delete dan ditulis balik..(memang buang masa.. :/ ) harap-harap lepas ni aku dah tak buat kerja gila lagi.. :D