Instagram

Thursday 20 December 2012

:3

sabar adalah satu ungkapan yang amat mudah untuk dituturkan..tetapi susah untuk dipraktikkan..sabar adalah perkara paling manis di hujungnya..tetapi pahit pada awalnya..jadi..BERSABARLAH wahai diri..

Friday 14 December 2012

:')

kadang-kadang..dalam kehidupan..adakalanya kita akan tersilap langkah..tersilap dalam membuat keputusan..tersilap dalam menilai..tersilap dalam memilih..tetapi..tanpa kesilapan kita tidak akan belajar..tidak ada kehidupan jika tiada kesalahan..tetapi jangan sampai kesilapan itu dilakukan berulang kali..pesan pada diri..fikir berulang kali..supaya jangan menyesal di kemudian hari.. :) apa pun yang berlaku pasti ada hikmah..jika tidak hari ini..hari esok pasti ada..hikmah yang pasti..pengajaran yang ada di depan mata.. :)

Thursday 29 November 2012

m.a.s.a.l.a.h

masalah itu adalah satu ujian..ya..memang senang untuk diungkapkan..tapi sukar untuk diaplikasikan..masalah selamanya tetap masalah..terpulang pada kita macam mana nak handle and tackle masalah tu..seriously..aku selalu mengalami masalah untuk handle and tackle masalah yang sememangnya masalah..tengok..setakat ni je dah berapa words masalah telah ditaip..haha...masalah..masalah..

main point sekarang ni..masalah itu tetap masalah..macam mana kita tetap kena hadap and menghadapi masalah tu..mungkin ada yang mengalami masalah yang hampir serupa..tetapi cara kita menghadapi berbeza..sebab manusia itu sememangnya dicipta berbeza-beza.. :) dan..sesungguhnya..masalah itu yang menjadikan kita kuat..dan belajar erti hidup..apalah erti hidup tanpa masalah..am i right??huhu..



*semoga apa yang jadi semalam..hari ni..dan esok..membuat aku kuat menghadapi hari-hari yang seterusnya.. :) :D :>

Monday 26 November 2012

Excited!!!

Excited??aku pun xtau kenapa hari ni aku excited..macam ada kupu-kupu dalam perut..(nampak tak ayat translate kat situ..hahaha..):D..pa pun..Alhamdulillah..thanks to Allah..sebab bagi rasa excited secara tiba-tiba...

Monday 19 November 2012

P=F/A

masa berlalu sangat opantas..sampai kadang-kadang baru tersedar yang aku sudah melewati lebih daripada separuh sem... >o< apakah maknanya??!!maknanya..final dah dekat..ulang taip.. FINAL DAH DEKAT... T_T

*all the best third batch..gambateh!!and for my seniors and juniors too... :)

Thursday 6 September 2012

sila datang..

azam baru..semangat baru..sila datang..datang dan jangan pergi..setia bersama saya hingga ke akhirnya..

Friday 20 July 2012

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ya Ramadhan... :)

salam Ramadhan kepada semua rakan..semoga Ramadhan ini membawa seribu satu erti dalam kehidupan..dan semoga Ramadhan kali ini juga mampu membawa kepada penghijrahan yang lebih baik.. :) niat juga kena baik..kerana setiap perbuatan dimulakan dengan niat..'innama a'malu binniat'.. :) dan jangan hanya puasa pada makan dam minum je..tapi berpuasalah juga pada akal..mata..hati..telinga..tangan..kaki..da segalanya.. :) hihi..wassalam..

*semoga kita semua mampu melewati Ramadhan kali ini dengan lebih tenang dan bermakna..dan semoga kita semua bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang...... :)

Sunday 17 June 2012

terima kasih.. :)

hari ni..hari bapa.jadi..selamat hari bapa papa..hihi..tapi..bagi aku tak semestinya hari ni and tarikh ni je hari bapa..hari-hari hari bapa..hari-hari hari ibu..huhu..sebab..hari-hari ibu and bapa akan doakan kita..bagi kita makan..happykan kita..dan macam-macam lagi..jadi..kenapa kena pada tarikh dan hari tertentu je hari ibu or hari bapa..diaorang tak pernah lupa kita sesaat walaupun diaorang sibuk..sesibuk mana pun diaorang..diaorang tetap akan ambil berat pasal kita..at least..seminggu sekali..atau mungkin yang dah sambung belajar jauh..kos pun mahal..sebulan sekali..diaorang tetap akan ambil berat..huhu..sebenarnya..aku tak tau nak ngarut pa dah..aku tersentuh + teruja sebab semalam ayah aku message dia cakap dia rindu aku..haha..walaupun anak dia yang sorang ni degil tahap dewa + pemalas ya ampun..tu belum lagi hal-hal lain yang aku selalu buat dia geram + pening kepala..hehe..dia tetap sayang aku dan ambil berat pasal aku..selalu mendoakan aku..and adik aku..tapi..mana ada manusia yang normal dan waras tak sayang anak..betul tak???even kuching pun tau sayang anak..aku pernah tengok satu gambar kat fb..mak kucing tu da mati..tapi anak dia still lagi menyusu..maknanya..sayangnya parents kat kita..semua orang tak boleh tanding..even diaorang da takda..kita boleh lagi rasa kasih sayang diaorang melalui nasihat yang diaorang bagi..macam aku yang belajar jauh ni..(jauh la sangat..seberang laut china selatan je pun...hihi)..bila nak buat benda jahat ke benda baik ke..hihi..(ayat cover)..mesti teringat kat diaorang..i'm just kidding mama papa..;p hihi..

ok la..motif sebenar post ni aku nak wish SELAMAT HARI BAPA kepada semua yang dah bergelar and bakal bergelar bapa..and kepada ayahanda tercinta, En. Mashudi bin Bahari..selamat hari bapa papa..PAPA is the BEST HERO in my life..semoga papa dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..semoga papa terus sukses dalam perjuangan papa di medan yang papa perjuangkan..semoga papa cekal mengahadapi cabaran dan dugaan dalam tugas untuk mendidik anak bangsa..dan..semoga Allah terus merahmati papa dalam kehidupan seharian..I LOVE YOU PAPA.. ^_^


Friday 15 June 2012

balik..balik..balik..

rindu aku terhadap rumah memang dah smpi tahap tera..i miss my family damn much!!

*bila jauh..rindu-rinduan..haha.. xp

3 to go..

ok..lagi 3 papers..haha..tu je..k..wassalam.. >_<

*semoga semua rakan saya dan saya berjaya dengan jayanya.. :)
amin ya rabbal 'alamin..

Sunday 3 June 2012

selamat mengulangkaji.. :)

study week datang lagi..huhu..aku cukup-cukup tak suka sebab aku sangat-sangat malas dan pemalas nak study..HAHAHA..to all my friends..good luck and all the best..bersamalah kita berjuang.. :)


Wednesday 30 May 2012

aku suka~~sangat suka~~ 8p

ok..aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat suka dengan lagu jangan ganggu pacarku..lagu tu sangat comel..geram!!!ok..sorry excited terlebih..hihihi..ok..tu je nak cerita..wassalam.. :)


Monday 7 May 2012

waaa~~~

seriously..aku memang nak sangat tengok wedding awal n scha hari tu..tapi malangnya..tv takda..haha..tengok kat youtube n page diaorang pun..jadi la..haha..aku rasa diaorang ni sangat sweet..kenapa pun aku taktau..hihi..scha bagi aku..sangat cantik n neutral..kak scha..nak tips sikit..huhu..anyway..hope the marriage will last forever till jannah..best wishes for both of you.. ^_^


wana baju diaorang yang ni sangat cantik..huhu..kelas kau jah~ ;D

......

laptop aku takda banyak movie..so..aku akan tengok benda yang sama banyak kali..haha..kadang-kadang memang agak membosankan..tapi..disebabkan kapasiti yang tak berapa nak betul..aku tak boleh la nak simpan banyak sangat movie..hoho..tapi ada 1 movie ni yang boleh aku aku menangis berkali-kali..walaupun aku da tengok banyak kali..huhu.."Real Steel"..part last..memang aku tak boleh tahan..huhu..kat situ aku tau..pengorbanan seorang ayah kepada anak.. :) thanks papa..ily.. :) <3

Wednesday 2 May 2012

The Sims 3~

ok...game ini sangat berhantu..tau kenapa??sebab boleh jadi addict bila dah main sekali..huhu..aku..housemate aku dua orang..semua gila..haha..lagi-lagi bila dah tau macam mana nak cheat..hahahahaha...sumpah seronok gila!!haha...lagi bila duit tu jadi banyak..huhu..ok...kami memang mata duitan..huhu...so..nak tau best ke tak..p la main sendiri..huhu.. :D

Thursday 23 February 2012

new semester!!!

new semester begin~~ =.=' really hope that i can change..yes i can!!kalau bukan aku yang cakap siapa lagi yang nak cakap..huhu..ili!!be more fokus this semester~~ jangan main-main dah..cukup-cukup la banyak sangat main sem 1...huhu..fokus yang dekat bukan yang jauh~~


sekian.. :D

Tuesday 7 February 2012

so sweet~~ ;D


"Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
8)
Wallahu’alam."


cerita ni la yang aku cari..aku pun tak tau kenapa aku nak sangat..tapi yang pasti..cerita ni sangat bermoral..renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

*walaupun copy paste..tapi cukuplah sekadar menyampaikan walaupun sepotong ayat. ^_^

Tuesday 31 January 2012

muhasabah diri : bersyukur

apa yang kita nak..tak semestinya kita dapat..and apa yang kita minta..pun tak semestinya kita dapat..kita hanya mampu merancang..meminta..tapi..hanya ALLAH yang menentukan..sebabnya..Dia maha segalanya..cuba try test kalau kita berdoa..kita berdoa dengan sepenuh hati..bukan bermaksud sebelum ni tidak sepenuh hati..tetapi..cuba try test dengan lebih lagi..Insya-Allah..kita akan dapat rasa satu kepuasan yang tak terhingga..satu perasaan lega..seolah-olah kita telah meluahkan segalanya.. :)

apabila apa yang kita hajati tidak dapat dimiliki..cuba try test kita renung kembali..apa yang telah kita lakukan untuk sampai ke tahap itu..berangan itu tidak salah..tetapi biar berpada..janganlah terlalu menaruh harapan..kerana kelak mungkin kecewa..walaupun berharap itu tidak salah..kerana..semuanya akan kembali kepada-Nya..



*aku sedar diri ni tak sebaik mana..hanya berkelana mencari diri yang hilang..