Instagram

Tuesday 17 September 2019

Amin. Terima kasih.

Bismillah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di hari mu yang mulia dan penuh barokah ini.

Kau ampunkanlah dosa Ili-Mastura.

Dosa kecilnya, dosa besarnya, dosa masa silamnya, dosa masa depannya, dan dosa masa kininya.

Kau ampunilah semua dosanya.

Semoga semua urusan dunia dan akhirat Ili-Mastura dipermudahkan.

Semoga Ili-Mastura sentiasa dikurniakan rezeki yang berkat yang melimpah ruah.

Rezeki yang membolehkan dia berbakti kepada orang tua dan ahli keluarganya.

Rezeki yang membolehkan dia berdakwah dan membawa dirinya bersama orang yang disayanginya ke syurga.

Serta membawa kenalan yang dikenali, juga ke syurga.

Semoga Ili-Mastura dikurniakan hati yang bahagia dan tenang.

Semoga Ili-Mastura dihindarkan daripada penyakit hatinya sendiri dan orang lain.

Semoga Ili-Mastura dikelilingi orang yang baik hati dan tinggi budi pekerti.

Semoga Ili-Mastura sentiasa positif dan bersemangat waja.

Semoga Ili-Mastura dikurniakan jodoh yang baik akhlaknya, memahami, menerima dirinya seadanya, penyabar, dan mampu membimbing dirinya bersama ke arah kebaikan.

Jodoh yang kekal hingga ke syurga.

Semoga dikurniakan yang baik-baik sahaja buat dirinya, sepanjang hayatnya.

Amin.

Amin.

Amin.

Ya Rabbal 'Alamin.